• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khir Toyo Keluar Penjara Jalani Parol Lepas 6 Bulan Dikurung

oleh
31/03/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dilaporkan telah diberi parol pada 29 Mac selepas selesai menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Kajang di sini.

Menurut laporan sebuah portal tempatan, permohonan bekas pemimpin kerajaan negeri tersebut diluluskan secara rasmi oleh Lembaga Parol selepas mereka mengadakan mesyuarat pada pagi Selasa.

Melalui sistem parol, Mohamad Khir yang sepatutnya menjalani hukuman penjara lebih lama sebagaimana yang diputuskan oleh pihak mahkamah sebelum dibebaskan lebih awal oleh ahli lembaga tersebut.

Beliau dibenarkan berada bersama-sama ahli keluarganya dengan pemantauan oleh pihak penjara serta menjalani aktiviti kehidupan harian seperti biasa, menurut laporan portal berkenaan.

Mohamad Khir didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk diri dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.

gambo
Sumber gambar: Facebook Dr. Mohamad Khir Toyo

Bekas ADUN Sungai Panjang itu kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan selepas secara muktamad didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Hukuman dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Mengikut fakta kes, Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga.

Ia melibatkan dua lot tanah dan sebuah rumah jenis banglo di No.8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah mewah tersebut yang terletak di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga hanya RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga sebanyak RM6.5 juta.

Kes dialami beliau, seorang doktor gigi, kini menyerupai skandal banglo ‘murah’ yang dibeli Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Gua Eng di Jalan Pinhorn, George Town daripada pemiliknya Phang Li Koon pada tahun lalu.

Pendedahan kes kontroversi Setiausaha Agung DAP itu dipertahankan beberapa pemimpin parti itu dengan pelbagai alasan bodoh termasuk konon sebab feng shui dan Guan Eng ialah akauntan. – Mynewshub.cc

Baca: Akauntan Tak Tahu Harga Banglo! Habis Tu Khir Doktor Gigi?

Lagi: Malang Rakyat Penang Dapat KM LGE Jahil Matematik

Juga: Feng Shui Banglo ‘Talak Ong’ – Alasan Bodoh DAP!

alasan

Tags: Khir ToyoLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd