• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Cadang Bangunkan Ladang Tanaman Jagung Untuk Ternakan

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Kerajaan bercadang membangunkan kawasan penanaman jagung untuk makanan ternakan seluas kira-kira 400,000 hektar bagi menampung keperluan negara pada masa hadapan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata keperluan itu dilihat penting memandangkan pengeluar makanan ternakan terpaksa mengimport sebahagian besar keperluan asas itu dari negara luar.

“Kita akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi mengenal pasti kawasan berpotensi untuk dibangunkan memandangkan banyak tanah-tanah terbiar di negara ini.

Selain itu, melalui agensi-agensi seperti Jabatan (Perkhidmatan) Veterinar akan mengenal pasti skala ekonomi yang sesuai dan lihat kesesuaian untuk program jangka masa panjang,” kata beliau selepas melawat kilang makanan ternakan Charoen Pokhpand (CP) di Tanjung Langsat, di sini, hari ini.

Beliau berkata kawasan seluas 400,000 hektar itu mampu menjana pengeluaran kira-kira tiga juta tan setahun, jagung yang diperlukan oleh negara buat masa ini.

Dengan menanam jagung, kerajaan boleh mengurangkan kebergantungan terhadap import barang makanan ternakan selain daripada menghadapi cabaran sukar pada masa hadapan seperti kejatuhan mata wang dan kenaikan harga komoditi mendadak, kata Ahmad Shabery.

Setakat ini, terdapat 50 kilang makanan ternakan di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 380 metrik tan sebulan.

Sejumlah 70 hingga 80 peratus bahan mentah seperti jagung dan kacang soya adalah diimport, menurut Ahmad Shabery.

“Dalam kes makanan haiwan, jumlah import telah berkembang dengan ketara kepada RM7.5 bilion pada tahun 2014 daripada RM5.1 bilion pada 2010. Dari jumlah itu, ia meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus pada tahun 2015,” kata beliau.

Buat masa ini, Malaysia mengimport makanan haiwan dari tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Brazil dan Argentina, kata Ahmad Shabery. – BERNAMA

Tags: KerajaanPertanian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd