• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegiatan Jenayah Di Hilir Perak Perlu Diberi Perhatian Terus

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Kegiatan jenayah termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia di Hilir Perak perlu diberi perhatian serius kerana daerah itu merupakan satu daripada pintu masuk sempadan Malaysia-Indonesia.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata kedudukan daerah tersebut yang terletak bersempadan dengan negara jiran, dipercayai menjadikannya destinasi atau transit bagi kegiatan tidak bertanggungjawab itu.

Sehubungan itu, Hasnan berharap Ketua Polis Daerah Hilir Perak yang baharu ACP Wan Hassan Wan Ahmad dapat memberi perhatian terhadap isu berkenaan.

“Jawatan ketua polis daerah sangat penting kerana ia akan menentukan hala tuju Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ke tahap yang cemerlang. Saya yakin Wan Hassan dapat membawa banyak kejayaan untuk kesejahteraan masyarakat di Hilir Perak,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Hilir Perak antara SAC Mohd Shuhaily Mohd Zain dengan Wan Hassan di IPD Hilir Perak di sini hari ini.

Mohd Shuhaily yang telah berkhidmat selama setahun tujuh bulan di IPD Hilir Perak dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, manakala Wan Hassan sebelum ini adalah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan.

Pelantikan Wan Hassan sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak berkuat kuasa hari ini.

Terdahulu, Wan Hassan dalam ucapannya berjanji untuk mengekalkan legasi kepimpinan Mohd Shuhaily selain memastikan kadar indeks jenayah dapat terus dikurangkan.

“Saya memerlukan kerjasama daripada semua anggota serta pegawai dan akan meneruskan segala perancangan termasuk perancangan operasi yang dilaksanakan Mohd Shuhaily sebelum ini bagi memantapkan IPD Hilir Perak,” katanya. – BERNAMA

Tags: JenayahPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd