• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Teruskan Rentak Kemenangan Saingan Piala AFC

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Kumpulan H selepas menewaskan kelab dari India, JSW Bengaluru FC 1-0 di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan terus menerajui Kumpulan H dengan kutipan enam mata selepas dua perlawanan.

Pada aksi disiarkan secara langsung menerusi TV9, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi memburu gol pembukaan, namun dihampakan oleh kekebalan benteng pertahanan masing-masing.

Peluang terbaik JDT memecah kebuntuan hadir pada minit ke-21, namun percubaan daripada luar kotak penalti Juan Martin Lucero berjaya ditepis penjaga gol pasukan tuan rumah, Lalthuammawia Ralte dan keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, JDT meneruskan asakan dan hasilnya, kapten pasukan Safiq Rahim meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-54.

Kedua-dua pasukan terus mengasak kubu masing-masing, namun keputusan 1-0 itu kekal sehingga perlawanan tamat.

Untuk rekod, JDT mengalahkan JSW Bengaluru FC 2-1 pada Pusingan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 4 Feb tahun lepas.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan H, wakil Myanmar Ayeyawady United mencatat kemenangan sulung 4-2 ke atas kelab Laos, Lao Toyota FC di Stadium Pusat Latihan Belia, Myanmar.

JDT akan melayan kunjungan Lao Toyota FC di laman sendiri, manakala JSW Bengaluru FC bakal berkunjung ke Myanmar berdepan Ayeyawady United pada aksi ketiga Kumpulan H, 16 Mac ini. – BERNAMA

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

14/05/2026
0

TAK usah seronok sangat JDT tak mara ke final Shopee Cup. Macamlah pasukan masing-masing baru angkat treble Eropah. Seolah-olah Harimau...

Tunku Mahkota Ismail Bangga Semangat Juang Pemain, JDT Kembali Lebih Kuat Tahun Hadapan

Tunku Mahkota Ismail Bangga Semangat Juang Pemain, JDT Kembali Lebih Kuat Tahun Hadapan

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan semangat juang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd