• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakoa Jawab Isu Orang Asli Tiada Bekalan Elektrik

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyelar laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT) bertajuk “Putrajaya bercahaya pada waktu kanak-kanak belajar di bawah lampu minyak tanah” yang bertujuan memberi imej tidak baik ke atas kerajaan.

Jakoa dalam satu kenyataan media berkata, laporan itu tidak tepat kerana Orang Asli di Kampung Orang Asli Bukit Tunggul tidak menerima bekalan elektrik dan air disebabkan mereka menetap di atas tanah milik syarikat swasta Bukit Unggul Golf & Country Resort Sdn. Bhd. (BUGCR).

“Tanah tersebut telah diberi hak milik kepada BUGCR pada tahun 1993 dengan pampasan berjumlah RM2 juta yang telah dipersetujui oleh penduduk kampung berkenaan.

“Oleh demikian, bekalan elektrik dan air tidak dapat disalurkan ke Kampung Orang Asli
Bukit Tunggul kerana kawasan tersebut merupakan hak milik BUGCR,” kata kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, kata Jakoa, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak BUGCR dan Pejabat Tanah Daerah dalam masa terdekat supaya sumber bekalan elektrik dan air dapat disalurkan ke kawasan perkampungan tersebut.

Jakoa menegaskan jabatan itu sangat mengambil berat mengenai kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara tidak seperti yang dilaporkan oleh FTM.

“Pelbagai usaha dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) sentiasa dilakukan demi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat bantuan kebajikan yang sewajarnya,” kata kenyataan itu. – Mynewshub.cc

Tags: JAKOA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Pengarah Jakoa ditukar?

13/03/2019
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberikan kebebasan kepada penjawat...

JAKOA Tubuh Pasukan Bertindak Basmi Ponteng Pelajar Orang Asli

03/12/2018
0

IPOH - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menubuhkan Pasukan Bertindak Basmi Ponteng bagi membendung gejala ponteng sekolah yang kian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd