• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Terseksi Di Dunia Kini Wajah Baru Armani

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS guru Matematik yang bertukar profesion menjadi seorang model, telah diumumkan sebagai muka baharu untuk baju sukan jenama Armani.

Pietro Boselli, 28, telah meletak jawatan di University College London (UCL) di Britain bagi meneruskan kerjaya sebagai model secara penuh masa.

Boselli sememangnya bukan asing lagi dalam bidang modelling sebaliknya dia pernah menjadi model untuk Abercrombie and Fitch selain Armani Juniors ketika berusia tujuh tahun.

Dia yang mempunyai ijazah PhD dalam kejuruteraan mekanikal dari UCL malah telah dinobatkan sebagai European Fitness Model 2014.

“Saya sentiasa meminati modelling tetapi memilih hala tuju dalam bidang akademik sebelum ini,’’ katanya yang kini menetap di London.

Bagi mengekalkan fizikalnya, dia mengunjungi gimnasium dua kali sehari dan mengikut rejim diet yang ketat memandangkan kini punca pendapatannya adalah melalui bentuk badan, bukan lagi otak.

Bagaimanapun Boselli berharap dapat kembali kepada kehidupan dalam bidang kejuruteraan dan mengajar Matematik kelak.

Boselli pertama kali mula dikenali selepas pelajarnya menggunakan carian Google dan kemudiannya telah menulis tweet “Saat anda menyedari bahawa guru matematik anda adalah model pereka fesyen terkenal,’’ sambil memuat naik gambar Boselli tanpa memakai baju. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gimnasiumGurumodel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd