Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Pemaju Projek Perumahan Di...

SEREMBAN - Semua pemaju projek perumahan di Negeri Sembilan diwajib mendaftar dalam portal...

Jakim Sentiasa Sedia Bincang...

KUALA LUMPUR - Pintu sentiasa terbuka untuk usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman...

PKPS 2.0 – Tanda...

PEMBAYAR cukai harus memanfaatkan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 oleh Lembaga Hasil...

GHB Terima Banyak Permohonan...

YAN - Gerakan Harapan Baru (GHB) menerima banyak permohonan daripada anggota dan kepimpinan...

Definisi ‘Gelombang Haba’ Dipersetujui – MOSTI

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani El-Nino dan Cuaca Kering pada hari ini bersetuju dengan definisi gelombang haba (heatwave) yang digunakan oleh Jabatan Meteorologi.

Menurut definisi itu Tahap 0: Suhu di bawah 35 Celsius (Pemantauan); dan Tahap 1: Suhu maksimum antara 35C hingga 37C selama tiga hari berturut-turut (Keadaan berjaga-jaga).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam kenyataan hari ini berkata, Tahap 2: Suhu maksimum melebihi 37C untuk tiga hari berturut-turut (pengisytiharan ‘heatwave’ oleh MOSTI bagi pihak lain mengambil tindakan selanjutnya seperti penutupan sekolah dan sebagainya);

Tahap 3: Suhu melebihi 40C untuk 3 hari berturut-turut (Pemakluman kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Perdana Menteri akan mengisytiharkan kecemasan).

Katanya, pemantauan cuaca terkini oleh pihak MetMalaysia pada hari ini, setakat jam 4.00 petang di sembilan lokasi adalah seperti berikut: Batu Embun, Pahang (37.0C); Chuping, Perlis (37.0C); Keningau, Sabah (37.0C); Prai, Pulau Pinang (37.0C) dan Temerloh, Pahang (36.0C).

Manakala Lubok Merbau, Perak (36.0C); Ipoh, Perak (36.0C); Kuala Krai, Kelantan (36.0C); dan Alor Star, Kedah (36.0C).


Katanya, keadaan yang sama dijangka juga berlaku pada esok (22 Mac).

Kejadian jerebu tempatan juga akan turut terjadi kesan daripada cuaca panas dan aktiviti manusia seperti industri, kenderaan bermotor dan pembakaran hasil buangan sisa pertanian.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya yang melibatkan aktiviti perkhemahan.

“Pada masa yang sama, orang ramai turut dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti luar semasa keadaan cuaca panas terutamanya di sebelah petang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori