Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Selamat Tragedi...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan semua rakyat...

20 Qari/Qariah Sertai Tilawah...

TANAH MERAH - Dua puluh peserta mengambil bahagian dalam Tilawah al-Quran peringkat negeri...

Sambutan Hari Keputeraan Sultan...

JOHOR BAHRU - Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan...

Ulama Sepakat Tiada Had...

PENAMAAN Ramadan Mubarak ini datang daripada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:...

DAP Bantah Cadangan PAS Hukum Sebat Penzina

KUALA LUMPUR – Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS supaya kerajaan Kelantan mengenakan hukuman sebat di khalayak ramai ke atas pesalah kes zina, khalwat dan minum arak sangat keterlaluan dan menyimpang daripada konsep keadilan, ujar Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Kasthuri Patto.

Katanya, cadangan pelaksanaan hukuman sebat oleh wakil rakyat PAS itu dikemukakan tanpa mengambil kira pendapat umum masyarakat berbilang kaum negara ini.

“Cadangan ADUN Tawang, Datuk Hassan Mohamood untuk mengenakan hukuman sebatan di khalayak ramai bagi jenayah zina dua hari lalu mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi selepas warga dunia baru sahaja menyambut Hari Wanita Sedunia 2016 pada 8 Mac 2016.

“Nampaknya, PAS cuba mengalihkan perhatian umum terhadap isu-isu semasa yang berkaitan dengan kepentingan umum kepada isu yang tidak releven dan hanya mementingkan agenda mereka,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kerajaan Kelantan beberapa hari lalu memaklumkan sedang mengkaji langkah untuk melaksanakan hukuman sebat enam rotan secara terbuka dan di khalayak ramai bagi kesalahan zina.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Nassurdin Daud dipetik berkata, hukuman sebat bagi kesalahan syariah itu sebelum ini dijalankan di penjara.

“Dalam al-Quran ada disebut orang mukmin boleh melihat hukuman sebat yang dijalankan bagi menimbulkan rasa gerun. Oleh itu kita akan membuat kajian mengenai cadangan itu,” kata Nassurdin.

Ia ekoran cadangan Hassan di DUN Kelantan supaya kerajaan negeri menjalankan hukuman sebat enam rotan ke atas kesalahan zina di tempat terbuka.


Kasthuri seterusnya menuduh PAS telah menjadi sebuah parti politik yang sangat merunsingkan kerana sering membuat kenyataan memperlekehkan hak, kedudukan serta peranan wanita dalam politik Malaysia termasuk menghina wanita dalam percaturan politik parti itu.

“Mengapakah wujud obsesi (oleh PAS) yang tidak sihat melalui perlaksanaan kepolisan moral dimana sasaran utamanya adalah wanita,” dakwanya.

Kata beliau, cadangan hukuman sebat itu bertentangan dengan asas teras perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam, menegakkan keadilan dan memupuk perasaan kasih sayang serta kemaafan dalam masyarakat berbilang kaum.

Beliau turut menegaskan, hukuman tersebut bukan asas pendekatan Islam kerana dasar Islam adalah pencegahan, pendidikan dan keadilan bagi semua umat.

“Pindaan kepada mana-mana rang undang-undang haruslah berpaksikan kepada semangat demokrasi, keadilan dan kebebasan dan tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori