• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Billboard Anwar Diubah Jadi Zakar Peliwat Masuk Dubur Lelaki

oleh
19/03/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAKIKATNYA memang ramai yang sakit hati apabila pihak pembangkang cuba hasut rakyat konon pemimpin idola mereka selama ini, Anwar Ibrahim terpaksa dipenjarakan sebagai banduan tahanan politik sejak tahun lalu.

Walhal seluruh dunia tahu beliau disabitkan kesalahan atas kes liwat dan istilah ‘meliwat’ sendiri itu sudah amat jijik apatah lagi ini pula kali kedua selepas 1999 lalu ketika zaman pemerintahan rejim Mahathir Mohamad.

Lucunya banyak billboard atau papan iklan besar terpampang di Selangor dan Pulau Pinang, dua negeri dikuasai Pakatan Harapan masih mendewakan dan bela pesalah yang sah didapati bersalah oleh mahkamah kerana liwat.

PKR dan DAP sengaja mahu bermain politik tetapi mereka terlupa ini tetap ada batas hadnya apabila sudah keterlaluan sehingga melampau berani mencabar dan menghina keluhuran undang-undang negara sendiri.

Namun Pakatan Harapan peduli apa. Dengar cerita ramai orang yang merungut-rungut dan tahan sabar melihat gelagat mereka kebelakangan ini pasang billboard ‘Bebaskan Anwar’ di tempat-tempat strategik tumpuan ramai.

Baca: Billboard #BebasAnwar – UMNO Buat Laporan Polis

Juga: Billboard ‘Bebas Anwar’ Ghaib Pun Nak Salahkan BN?

billboard.2

Semua orang tahu ini tidak lebih daripada usaha imej untuk ‘menyucikan’ pembesar mereka itu yang bersalah melakukan perbuatan amat keji di sisi agama apabila sanggup liwat pembantunya sendiri, Saiful Bukhari Azlan.

Pembangkang mengharapkan untuk mencuri simpati masyarakat menerusi ‘ perang persepsi’ dengan mendakwa Anwar sebagai seorang tahanan politik sebagai strategi jahat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 yang mengekalkan hukuman lima tahun penjara ke atas penasihat PKR dan orang nombor satu Pakatan Rakyat ini bukan satu keputusan yang dibuat di ‘kedai kopi’.

Sebaliknya ia keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim berwibawa yang masing-masing cukup berpengalaman bersandarkan bukti kes setelah lebih 70 kali ditangguhkan pihak pembelaan Anwar dengan pelbagai alasan bodoh.

Mungkin sudah bosan dengan permainan fitnah pembangkang, lewat Rabu, satu gabungan badan bukan kerajaan di Selangor yang diketuai Datuk Jamal Md. Yunus telah bertindak untuk ‘ menjelaskan’ perbuatan salah Anwar.

Disertai 80 orang penyokongnya, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memasang kain rentang sepanjang dua meter pada billboard yang terpampang di tepi jalan besar Ampang sebelah kompleks beli belah Ampang Point.

billboard1

Ia bertulis: “Anwar Ibrahim adalah pesalah peliwat yang telah dijatuhkan hukuman. Maksud peliwat adalah Anwar Ibrahim memasukkan batang zakarnya ke dalam lubang dubur lelaki secara paksa.”

Kata Jamal yang dipetik portal AgendaDaily, langkah unik itu merupakan satu ‘amaran’ kepada Kerajaan Negeri Selangor agar tidak menyalahgunakan kuasa untuk menghasut rakyat sekali gus menghina keputusan mahkamah.

Beliau juga memberi amaran kepada pihak berkuasa di negeri itu agar segera menurunkan billboard itu. Namun ada pihak khasnya propembangkang mempertikaikan mana boleh Jamal bertindak pakai undang-undang sendiri.

Tetapi ada juga yang tanya sampai bilakah dan siapakah bertindak meluluskan perbuatan pemasangan billboard yang terang-terang menghina sistem undang-undang dan mahkamah tanah air jika bukan pihak kerajaan negeri.

Ini bukan perkara baharu sehari dua tetapi sudah lebih sebulan sejak Pakatan Harapan melancarkan kempen itu tanpa apa-apa tindakan balas pihak penguatkuasaan seperti polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Persoalannya, berapa lamakah lagi rakyat perlu diam dan biarkan semua orang terpaksa menatap wajah seorang peliwat terkenal yang cuba diputar belit pembangkang konon menjadi seorang hero. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Anwar IbrahimbillboardLiwat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd