• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azira Shafinaz Nafi Desas Desus Sudah Berkahwin

oleh AK-47
25/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

HEROIN drama bersiri ‘Married Tapi Benci’, Azira Shafinaz menafikan dakwaan dia telah berkahwin. Azira yang juga ahli kumpulan De Fam nyata terkejut dengan gosip yang tersebar itu.

Azira (kiri) bersama anggota De Fam, Manggis dan Sophia.

Pemilik nama sebenar Azira Shafinaz Ramlan, 26, memberitahu sebuah portal hiburan bahawa gosip tersebut telah lama timbul kerana sering memuat naik foto anak buahnya yang berusia setahun di laman Instagram.

Tindakan itu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan peminatnya dan pengamal media tempatan.

“Selain itu mungkin juga kerana wajah kakak seiras dengan wajah saya. Dek kerana itu orang ingat saya sudah kahwin dan mempunyai anak. Saya harap penjelasan itu dapat menamatkan teka-teki tentang perkahwinan saya.

“Saya masih bujang dan mempunyai seseorang yang cukup istimewa. Cuma belum masanya untuk melangkah ke alam perkahwinan memandangkan masing-masing sibuk dengan karier,” ujar Azira.

Azira yang enggan mendedahkan identiti lelaki yang bertakhta di hatinya itu mengakui, dia telah mengenali lelaki itu kira-kira tiga tahun lalu malah baik dengan ahli keluarga lelaki berkenaan.

“Keluarga saya dan keluarganya saling mengenali dan punyai hubungan yang baik. Pihak keluarga tidak ada masalah dengan hubungan kami. Cuma buat masa ini kami masih belum memikirkan tentang perkahwinan. Aktiviti lakonan dan nyanyian saya pun baru bermula. Jadi, biarlah saya fokus kepada satu-satu perkara dahulu,” ujar Azira lagi.

Lakonan Azira dalam drama ‘Married Tapi Benci’ sebagai teraju utama mendapat penerimaan positif penonton dan dia bersyukur memandangkan dirinya pendatang baru dalam bidang lakonan.

“Walaupun ini bukan drama pertama lakonan saya, tetapi ini kali pertama saya jadi teraju utama. Tak sangka pula ramai yang suka. Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh TV3 dan abang Idham,” ujar Azira yang pernah membintangi drama bersiri Stella di TV9. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qWiPwy2ZINI]

Tags: Azira Shafinazkahwinnafi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menafikan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi had subsidi petrol RON95...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd