• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Nafi Tohmahan Barua DAP

oleh Mynewshub
23/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Nafi Tohmahan Barua DAP
Share on FacebookShare on Twitter

PAROI – Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tohmahan barua DAP yang dilontarkan terhadapnya.

Beliau menegaskan tidak akan bertolak ansur dalam menegakkan keadilan buat semua walaupun terpaksa berdepan dengan tohmahan seperti itu.

“Bila saya sebut elok sikit Anwar ini jadi pecacai barua DAP… Eh tengok oranglah. Kalau saya nak wang bukan ini kerja saya.

“Kalau saya nak wang dah lama saya tolak ansur tak payah masuk penjara, keluar penjara. Tak payah kena terajang, kena pukul setengah mati, kena telanjang… tak payah.. sebab apa? Sebab kita pertahankan prinsip kita.

“Apa pun makilah saya berbakul-bakul. Hinalah saya bagaimanapun… saya tidak akan tolak ansur untuk menegakkan keadilan bagi semua,” katanya di pentas ceramah jelajah ‘Kekal Harapan’ Negeri Sembilan malam tadi.

Terdahulu, Anwar menegaskan dirinya daripada gerakan Islam ABIM dan kelmarin diadakan seminar mengenai Syekh Yusuf Al-Kharazawi yang memuliakan seorang ulama tersohor.

“Kita tak pernah tinggal. Kalau saya takut dengan DAP saya tak buat itu semua,” katanya.

Perdana Menteri berkata, DAP juga tidak pernah membantah langkah mewartakan 50 ekar tanah di Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu.

Menurutnya, isu berkenaan penternakan babi dan arak yang dibangkitkan oleh individu tertentu pula tidak mewakili parti DAP.

Beliau turut membangkitkan tentang penubuhan FGV yang disifatkan sebagai ‘melingkup’ ketika DAP tidak berada dalam kerajaan.

“Sekarang lingkup. Salah DAP? DAP tak ada dalam kerajaan masa itu. Ya salah sakau. Ini kalau diaorang dengar sakau cukup marah.

“Anwar tak ada cakap lain sakau, sakau, sakau. Mana ada sakau, bagi bukti sakau. Ada yang cabar saya kata mana bukti sakau?

“Kamu ini duduk negeri mana Zimbabwe kah. Kamu tak tahu apa yang berlaku di sini?,” sindirnya. – MYNEWSHUB

Tags: Barua DAPceramah jelajahDatuk Seri Anwar IbrahimKekal HarapannafiParoiPencacaiPerdana MenteriPRN Negeri SembilanTohmahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Mahu Dikasihi Rakyat, Dianggap ‘Sivaji The Boss’

PMX Anwar Mahu Dikasihi Rakyat, Dianggap ‘Sivaji The Boss’

23/07/2026
0

PAROI - "Saya nak kasih kepada rakyat dan saya nak rakyat kasih kepada saya" Demikian pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd