• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad, Muhammad Impi Lanjut Pengajian Ke Menara Gading

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN tidak peroleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang, pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli tetap bersemangat melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Adik-beradik tersebut menyifatkan keputusan sederhana yang diperoleh itu bukanlah penentu masa depan mereka, sebaliknya ia permulaan kepada perjalanan yang masih lagi jauh.

“Walaupun sasaran awal kami untuk memperolehi sekurang-kurangnya 3A tidak kesampaian, kami tetap bersyukur kerana sudah cuba melakukan yang terbaik.

“Alhamdulillah kami puas hati dan berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat (IT),” kata Ahmad ketika dihubungi mStar Online.

Ahmad atau lebih mesra disapa dengan panggilan Along berkata dia dan adiknya, Muhammad berkongsi cita-cita yang sama iaitu mahu menjadi jurutera pengaturcaraan.

“Insya-Allah jika diberi peluang melanjutkan pengajian, kami akan cuba melakukan yang terbaik demi mencapai cita-cita meskipun kami dalam keadaan kurang berkeupayaan,” katanya.

Pada pagi Khamis, Ahmad dan Muhammad ditemani bapa mereka, Rosli Abdul Rahim mengambil keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, Subang Jaya, Selangor.

Pasangan tersebut antara 440,682 pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun lalu.

Antara mata pelajaran teras diperoleh dengan pencapaian lulus adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Sejarah.

Ditanya mengenai institusi pengajian tinggi impian mereka, Muhammad atau lebih mesra disapa sebagai Angah berkata, mereka akan memilih Management and Science University (MSU) yang terletak di Shah Alam sebagai destinasi untuk mengapai cita-cita.

“Kami terfikir untuk melanjutkan pengajian ke MSU kerana ia lebih bersifat mesra Orang Kelainan Upaya (OKU). Lagipun ia turut menawarkan kursus yang kami inginkan,” katanya.

Jelas Muhammad, pihak pengurusan MSU baharu sahaja menghubungi bapa mereka mengenai tawaran untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut.

“Petang tadi, mereka hubungi ayah dan maklumkan akan hantar borang permohonan untuk masuk ke universiti itu. Mereka juga jemput kami datang ke sana minggu depan untuk meninjau kawasan kampus,” katanya.

Sementara itu, Rosli, 45, memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana terus memberi kekuatan dan semangat kepada dua anak istimewanya itu untuk menyambung pelajaran mereka.

“Saya bersyukur kerana Allah makbulkan setiap doa saya untuk mereka. Mereka kata masih mahu sambung pengajian, jadi saya akan berikan sepenuh sokongan walaupun bimbang dengan keadaan mereka nanti,” katanya.

Pasangan itu mula menjadi perhatian dunia kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum jalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.

Pembedahan pemisahan yang memakan masa selama 22 jam 45 minit itu dibiayai sepenuhnya oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz yang melibatkan kos RM1.7 juta. – mStar Online

Tags: OKUSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd