Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Kos Pembikinan Lagu Gerua,...

DILWALE sekarang sedang jadi fenomena dalam kalangan peminat filem terutama penggemar filem Hindustan. Kalau pergi...

Pemandu Porsche Motosikal Maut...

JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan air mineral maut setelah kereta Porsche dipandu...

Pendakwaan Gagal Cabar Kebolehpercayaan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk mencabar kebolehpercayaan Datuk Seri...

Harga Runcit Baharu Gula...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan harga runcit baharu bagi gula dalam masa...

54 Badan Sijil Dapat Pengiktirafan Halal Jakim

SEPANG – Sebanyak 54 badan pensijilan dari 32 negara dan empat pihak berkuasa dari Kesatuan Negara Islam berjaya mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setakat ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata pengiktirafan halal daripada Jakim dipandang tinggi masyarakat antarabangsa kerana kredibiliti cemerlang badan itu.

“Untuk mendapatkan pengiktirafan halal daripada Jakim, sesuatu institusi itu perlu menjalani proses yang ketat kerana Jakim bukan hanya memberi fokus kepada aspek halal tetapi turut memberi perhatian dari segi kebersihan atau toyyiban,” katanya.

Bercakap kepada media selepas menyampaikan ucapan pembukaan Konvensyen Badan Pensijilan Halal ke-7 di sini hari ini, Asyraf Wajdi berkata Jakim juga telah menerima 25 permohonan daripada badan antarabangsa untuk mendapatkan pengiktirafan pensijilan halal pada tahun ini.

“Jakim juga sentiasa melakukan audit yang berterusan ke atas badan yang mendapat pengiktirafan, dan untuk tahun ini sebanyak dua badan masing-masing dari Argentina dan Afrika Selatan telah dibatalkan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka,” katanya.


Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata konvensyen dua hari yang dihadiri lebih 300 wakil delegasi dalam dan luar negara bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman badan pensijilan halal luar negara berhubung pelaksanaan standard halal Malaysia.

“Diharapkan perbincangan dalam konvensyen kali ini turut menyentuh soal halal dalam sistem perbankan Islam agar isu halal tidak hanya dilihat dari segi proses pengeluaran produk semata-mata, tetapi dilihat secara menyeluruh,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori