• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Dana 1MDB Masuk Ke Akaun Peribadi PM

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menegaskan bahawa syarikat milik kerajaan itu tidak membayar sebarang dana kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kenyataan hari ini, 1MDB berkata, susulan siasatan yang menyeluruh, ini telah disokong oleh pelbagai pihak berkuasa, yang telah mengesahkan bahawa dana ini dari Arab Saudi.

Katanya walaupun demikian, Wall Street Journal terus mengulangi dakwaan yang sama, tanpa memberi sebarang bukti kukuh untuk mewajarkan dakwaan tersebut.

“Kami mempersoalkan masa serangan baharu ini, timbul hanya beberapa hari selepas 1MDB mengumumkan ia berjaya menyelesaikan penjualan saham dan perjanjian pembelian untuk Edra Global Energy Bhd,” katanya.

‪Selain itu, 1MDB mengesahkan hasratnya untuk membayar balik hutangnya sebanyak RM6 bilion dalam beberapa minggu akan datang, yang membawa kepada semua hutang jangka pendek dikeluarkan daripada lembaran imbangan syarikat itu, katanya.

“Langkah ini mencerminkan kejayaan besar 1MDB melalui pelan rasionalisasinya, dan kami kekal komited untuk memastikan proses ini selesai walaupun serangan berulang terhadap syarikat,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd