Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Dr MAZA Kayuh Basikal...

MUFTI Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dilantik semula...

Tak Tahu Warna Bendera...

RANCANGAN realiti berbentuk game show Clever Girl Malaysia yang bersiaran di TV3 terus menerus...

Amfetamin, Bahaya Dan Natijah...

KEMALANGAN maut yang disebabkan oleh seorang pemandu wanita yang memandu dalam keadaan jalan...

Amalan ‘Roll-Call’ Perlu Terus...

TAWAU - Amalan perbarisan dan taklimat 'roll-call' perlu terus dibudayakan dalam kalangan anggota...

Video: Perempuan Bertudung Selamatkan Anjing Terima Pujian

RAKAMAN video seorang wanita bertudung, membuat keputusan mengangkat seekor anjing yang cedera dipercayai akibat dilanggar kenderaan mendapat pujian netizen di media sosial.

Menerusi video berdurasi 33 saat itu, wanita yang memakai baju berwarna hitam kelihatan mengangkat anjing berkenaan menggunakan kedua-dua belah tangannya tanpa beralas.

Video berkenaan telah dimuat naik ke laman Facebook Malaysia Independent Animal Rescue pada Isnin dan ia dirakam oleh seorang pemandu menerusi dashcam keretanya.


Perempuan Bertudung Selamatkan Anjing Terima… oleh mynewshub

Kejadian dikatakan berlaku di Teluk Panglima Garang, Klang pada Jumaat, kira-kira pukul 6.30 petang.

Rata-rata netizen memuji tindakan wanita itu kerana mempunyai hati yang mulia apabila bertindak mengangkat haiwan meskipun selepas itu dia perlu melakukan sertu kerana beragama Islam.


Seorang pengguna Facebook, Joe Joe memberikan komen, “Walaupun seekor anjing makhluk Allah juga..mulia hati kak ni.. janji ikhlas.. anjing tu perlu pertolongan.”

Dominix River menyatakan, “Perlakuan yang baik dan contoh bukan hanya melalui kata-kata saja, namun melalui tindakan… #respect”

Adi Ra Den pula memberikan komen “Islam tu mudah tak menghalang ketika dalam darurat.”

Sehingga kini, video berkenaan mendapat lebih 6,000 perkongsian dan menerima 332,895 tontonan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori