• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan, Pihak Berkuasa Perhebat Penguatkuasaan Banteras Judi Siber

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan bersama-sama pihak berkuasa terus menggiatkan usaha membanteras kegiatan judi siber termasuk memastikan premis yang pernah diserbu tidak beroperasi semula.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata usaha itu bagi memantau tiada lagi premis perjudian baharu, dibuka di negeri ini.

“Kita telah buat banyak serbuan, sejak 16 Feb hingga 6 Mac lepas, sebanyak 138 serbuan membabitkan tangkapan dan rampasan yang besar. Kalau pergi Balai Polis Sikamat boleh tengok setor penyimpanan barang rampasan yang besar itu dipenuhi komputer judi.

“Tetapi walaupun kita jalankan operasi dengan begitu banyak tetapi masih terdapat premis perjudian siber yang beroperasi…Namun, kita tidak akan berputus asa sebaliknya penguatkuasaan akan diperhebat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Katanya, selagi masih terdapat permintaan perjudian siber, selagi itulah penawaran masih berlaku, meskipun kerajaan menjalankan pelbagai inisiatif untuk memerangi kegiatan itu.

“Hendak buat operasi dan masuk ke premis perjudian bukan mudah, kita perlu bukti sebelum serbuan dijalankan dan untuk mendapatkan bukti bukan sesuatu yang perkara senang… kita serbu nanti dia buka semula. Saya harap masyarakat jangan salah sangka dengan beranggapan kononnya kita tidak buat kerja.

“Selagi ada orang mahu berjudi, selagi itu pusat judi ini akan tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, masyarakat seharusnya perlu ada kesedaran,” katanya.

Beliau berkata ketika ini, Jabatan Peguam Negara sedang merangka rang undang-undang baharu berkaitan judi siber sebelum dibawa ke Parlimen untuk diwartakan.

“Sebelum ini, kita tiada akta khas berkaitan judi siber dan ia menyebabkan pendakwaan adakalanya sukar dilakukan… jadi satu perundangan baharu perlu dibuat yang membolehkan ia dikuatkuasakan secara lebih efektif bagi membanteras kegiatan ini.

“Kerana itu, saya juga mahu penguatkuasa agama negeri perlu dilatih dan ditauliah untuk menjadi ‘pakar judi’ dalam usaha membanteras sindiket perjudian siber di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaanmesin judi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd