• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Membaca Al-Quran Dalam Bahasa Arab Satu Tuntutan

oleh Ahmad Albab
05/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata membaca Al Quran dalam bahasa Arab adalah satu tuntutan yang telah disyariatkan Allah dan mendapat pahala keberkatan.

“Baca Al Quran, baca dengan bahasa Arab yang asli, bukan (yang ditulis) dalam bahasa ibunda masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menutup Majlis Tilawah al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan 1437H/2016M di sini malam tadi.

Beliau berkata kempen sesetengah pihak mengenai baca Al Quran adalah bagus, tetapi membaca ayat suci itu yang ditulis dalam bahasa lain selain bahasa Arab adalah tidak menepati syariat.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kempen “Let’s Read The Quran” bagi menulis dan membaca al-Quran yang ditulis dalam bahasa lain selain bahasa Arab.

Semalam Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) Tan Sri Harussani Zakaria berkata penulisan al-Quran dalam bahasa lain tanpa adanya teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai al-Quran.

Perbuatan itu juga boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak (AMCP) 1984.

Sementara itu, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad dan Che Minah Che Awang masing-masing dari Kuala Lumpur muncul johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan 1437H/2016M.

Kedua-duanya menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan hadiah iringan, sijil penghargaan serta pakej mengerjakan haji setiap seorang.

Mereka akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 21 hingga 26 Mac ini di Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Asyraf Wajdi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

25/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan...

Cium Tapak Kaki – AMK Selangor Lupa Siapa Mengetuk Pintu UMNO Pukul 3.30 Pagi?

Cium Tapak Kaki – AMK Selangor Lupa Siapa Mengetuk Pintu UMNO Pukul 3.30 Pagi?

20/07/2026
0

Rencana MYNEWSHUB   POLITIK Malaysia memang mempunyai satu keistimewaan — ingatannya boleh dipadam dan dipasang semula mengikut musim pilihan raya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd