• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Disyaki Tipu Jual Lampin Murah Ditahan

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang wanita dipercayai terlibat dalam penipuan penjualan lampin bayi murah ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Jawa, Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penahanan suspek yang berusia 26 tahun itu adalah susulan daripada laporan orang awam yang menjadi mangsa penipuannya pada 16 Januari lepas.

Beliau berkata dengan penahanan wanita itu, ia dipercayai dapat menyelesaikan 16 kes penipuan yang melibatkan suspek itu menjual lampin bayi murah di laman sosial Facebook.

“Modus operandi suspek ialah akan mengiklankan barangan bayi seperti lampin bayi pada kadar harga yang murah menerusi akaun Facebook ‘Dhia Alesya Sofea’,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kemudian, setelah pengguna maya berminat untuk membeli dan memasukkan sejumlah wang ke dalam nombor akaun yang diberikan, suspek akan memberi pelbagai alasan dan gagal dihubungi, tambah beliau.

Wan Ahmad Najmuddin berkata berikutan aduan yang dilakukan, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi mengesan dan menangkap suspek.

Beliau meminta agar orang awam yang pernah menjadi mangsa dan belum membuat laporan polis, tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Wan Ahmad Najmuddin menambah suspek akan dipohon reman hari ini dan orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan membuat semakan, sebelum berurusan secara dalam talian. – BERNAMA

Tags: kes tipuWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

29/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor menjelaskan terdapat dua doktor bertugas semasa seorang wanita membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan...

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd