• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Haji Mampu Bayar Dividen Tahun Ini – Ketua Audit Negara

oleh Ahmad Albab
03/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (LTH) mampu untuk membuat pembayaran dividen kepada pendeposit tahun ini, kata Jabatan Ketua Audit Negara.

“Berdasarkan kajian semula penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan maklumat interim yang diterima, kami mendapati bahawa LTH mampu untuk membuat pembayaran dividen kepada pendeposit,” kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam satu kenyataan.

“Penentuan kadar dividen adalah terletak di bawah tanggungjawab lembaga Tabung Haji,” katanya.

Ambrin mengulas laporan baru-baru ini yang mempersoalkan keupayaan dana jemaah haji itu untuk membayar dividen tahun ini selepas kebimbangan mengenai keadaan kewangannya.

Ambrin juga berkata kajian semula penyata pendapatan sebelum dividen diisytiharkan adalah amalan biasa untuk memastikan dasar-dasar perakaunan yang diterima pakai oleh mereka adalah selaras dengan konsep berhemah.

Dilaporkan minggu lalu bahawa Bank Negara telah mengeluarkan surat kepada Tabung Haji mengenai kebimbangannya terhadap tahap negatif rizab dana.

Dalam maklum balasnya, Tabung Haji berkata ia mempunyai wang untuk membayar bonus kepada 8.8 juta pendeposit dan dividen akan diumumkan pada bulan Mac. – mStar Online

Tags: Jabatan Audit NegaraTabung Haji
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd