• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peraga Keindahan Silat Untuk Tarik Minat Belia

oleh Ahmad Albab
22/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keindahan silat perlu diperagakan dalam bentuk yang menarik dan moden tanpa mengubah elemen penting seninya untuk menarik minat belia menyertai aktiviti silat, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata seni silat yang merupakan sebahagian daripada identiti negara khususnya bangsa Melayu perlu terus dikekalkan dan dihargai oleh golongan muda.

“Kita mempunyai pelbagai kepakaran teknologi, mempunyai kreativiti dan mempunyai kesungguhan tinggi bagi melangkaui populariti budaya lain tanpa mengubah identiti dan prinsip asas budaya kita,” katanya ketika melancarkan program realiti Akademi Silat Pendekar Muda (ASPM) 2016, di sini hari ini.

ASPM yang mendapat kerjasama Pertubuhan Daie Muda, Kementerian Belia dan Sukan, Utusan Malaysia dan penaja utama Kopi Pak Belalang akan bersiaran di TV AlHijrah pada setiap Rabu pukul 9 malam bermula 9 Mac ini.

Khairy berkata program yang melibatkan 12 peserta itu boleh menjadi inisiatif yang baik bagi menarik kembali minat golongan muda bukan sahaja anak Melayu malah minat semua kaum kepada seni silat.

“Bila saya dengar profil peserta yang terlibat, saya kagum kerana ramai dalam kalangan mereka berusia awal 20-an dan mempunyai pekerjaan tetap seperti guru dan usahawan, namun mereka terus memantapkan kemahiran dalam silat.

“Jadi tidak semestinya kita lupakan kerjaya untuk mengekalkan jati diri bangsa,” katanya.

Ditanya kemudiannya sama ada Malaysia akan membuat permohonan agar silat menjadi sebahagian daripada acara sukan Olimpik, Khairy berkata usaha untuk mempopularkan sukan itu perlu dipergiat bagi menarik penglibatan negara lain.

“Perjalanan masih jauh, untuk membuat permohonan bagi sesebuah sukan di Olimpik, ia perlu dipertandingkan di peringkat antarabangsa dan disertai oleh banyak negara.

“Sekarang belum mencukupi, tetapi suatu hari jika silat sudah popular dan disertai banyak negara mungkin kita boleh buat permohonan, tetapi sekarang kita belum sampai tahap itu lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddinsilat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd