• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAFA Terima Tajaan Hampir RM8 Juta

oleh Ahmad Albab
01/02/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bakal menerima tajaan berjumlah RM7.8 juta daripada 44 agensi dan syarikat di Perak bagi memperkuat kemampuan pasukan ‘The Bos Gaurus’ dalam menghadapi saingan Liga Super musim 2016.

Agensi dan syarikat yang menaja pasukan Perak termasuk Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak RM3 juta dan syarikat menjual kelengkapan sukan Al-Ikhsan berjumlah RM500,000.

Presiden PAFA Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata tajaan itu akan menjadi pencetus semangat kepada pasukan bola sepak Perak untuk berusaha lebih kuat bagi memastikan kejayaan pasukan, musim ini.

“Pasukan Perak akan sentiasa berusaha untuk mempertingkat mutu permainan terutamanya dalam menghadapi perlawanan Liga Super musim ini yang akan bermula Februari depan,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan makan PAFA di sini Ahad malam.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Timbalan Presiden PAFA Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga pengurus pasukan The Bos Gaurus.

Pada majlis itu, PAFA turut memperkenalkan 22 pemain skuad Perak untuk musim ini termasuk tiga pemain import baharu, masing-masing dua dari Uzbekistan iaitu Vokhid Shodiev dan Oybek Kiliche serta Elias Fernandes de Oliveira dari Brazil.

PAFA secara rasminya juga memperkenalkan jersi baharu The Bos Gaurus kepada umum dengan menampilkan warna rasmi negeri Perak iaitu kuning dan hitam yang direka khusus untuk barisan pemain.

Sementara itu, Zambry dalam ucapannya berharap Perak dapat melahirkan pemain berkaliber di peringkat negeri serta kebangsaan yang akan dipelopori pemain pelbagai kaum.

“Sukan tidak hanya dimiliki oleh satu kaum sahaja dan saya mengharapkan pasukan bola sepak Perak akan terdiri daripada pelbagai kaum satu hari nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: PAFAPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd