Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

RUU Untuk Grabcar, Uber...

KUALA LUMPUR - Rang undang-undang telah dibentang bagi membolehkan perkhidmatan 'e-hailing' seperti Uber...

Pendaftaran Pengundi: Boleh Lagi...

PUTRAJAYA - Orang ramai masih boleh mendaftar sebagai pengundi selepas 30 September kerana...

Perodua Bekalkan Alat Ganti...

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Nasional Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan terus mengeluarkan...

Milan, Bologna Seri Dalam...

MILAN - AC Milan seri tanpa jaringan di Bologna dalam cuaca sejuk dan...

Operasi Padam Kebakaran Gunung Pulai Berbaki 5 Ekar

ALOR SETAR – Operasi memadam kebakaran hutan di Gunung Pulai, Baling yang berlarutan sejak Selasa lalu, diteruskan pagi ini dengan kawasan hutan terbakar yang perlu dipadamkan berbaki 2 hektar.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata sejumlah 64 anggota bomba dan 34 individu terdiri daripada malim gunung, anggota Jabatan Hutan serta Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.

Antara aset digunakan dalam usaha memadamkan kebakaran ialah Fire Jet Shooter, Pam Ziegler, Pam GP1010, Pam 1210 dari sumber air terbuka, selain pemantauan pesawat udara oleh Unit Udara Bomba menggunakan helikopter Agusta.

“Jumlah keseluruhan kebakaran hutan ialah 16.2 hektar, namun sehingga semalam kita telah berjaya padam 14.2 hektar,” katanya menerusi kenyataan Jumaat.

Pesawat Bombardier CL415MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut digunakan bagi melaksanakan beberapa siri pengeboman air di kawasan kebakaran sejak semalam.


Semalam, pesawat tersebut melakukan 21 jam penerbangan dengan melepaskan 18,000 liter air di kawasan kebakaran seluas tiga kilometer persegi melalui tiga siri pengeboman air.

Kebakaran yang bermula sejak 7.43 pagi Selasa lalu dipercayai akibat tindakan pendaki meninggalkan api selepas memasak, masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori