• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia ‘Milik’ DAP Jika Pakatan Menang PRU14?

oleh Ahmad Albab
20/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP mengingatkan semua pihak bahawa parti itu memegang sebanyak 42 peratus daripada keseluruhan 89 kerusi Parlimen yang dikuasai oleh parti-parti pembangkang termasuk PAS.

Penasihatnya, Lim Kit Siang turut mengingatkan DAP memegang 42 peratus daripada keseluruhan 229 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Peringatan itu mencerminkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) merupakan sebuah gabungan parti politik pembangkang yang didominasi oleh DAP.

“PRU13 pencapaian terbaik DAP dimana DAP memegang 38 kerusi Parlimen dan 95 kerusi DUN daripada 89 kerusi Parlimen dan 229 kerusi DUN yang dimenangi pembangkang,

“Jumlah ini tidak termasuk 12 DUN dimenangi DAP dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu menjadikan jumlah keseluruhan ADUN DAP ialah 107.

“Jumlah (kerusi Parlimen dan DUN) yang DAP tidak pernah terfikirkan kira-kira 50 tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP, PKR dan PAN bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang berkubur pada Ogos tahun lalu disebabkan perbalahan DAP dengan PKR dan PAS.

Pertelagahan antara PAS dengan DAP dan PKR bermula ekoran tindakan PAS membantah rancangan DAP mahu melaksanakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

PAS mendakwa pilihan raya itu boleh menyebabkan Pulau Pinang dikuasai sepenuhnya bukan Melayu dan menjejaskan kepentingan Melayu sekali gus mengundang risiko tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang.

Konflik antara PAS dengan DAP dan PKR sampai ke kemuncak apabila DAP dan PKR membantah cadangan PAS mahu melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

DAP dengan sokongan PKR mendakwa undang-undang hudud merupakan satu undang-undang kuno, kejam, zalim, kuno dan ketinggalan zaman.

Berikutan perpecahan itu, para penyokong DAP dan PKR mula melancarkan `serangan’ ke atas para pemimpin dan ulama PAS di media sosial bagi memburuk-burukkan reputasi pemimpin parti berkenaan. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]K8BJn9L_Zf0[/wpdevart_youtube]

Tags: Lim Kit SiangPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd