• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Duta Besar Malaysia Dijangka Tiba Petang Esok

oleh Ahmad Albab
06/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor yang meninggal dunia di Berne, Switzerland Rabu lepas, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.25 petang esok.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini, berkata jenazah akan dibawa pulang dengan penerbangan Lufthansa Airlines LH 782.

“Kenderaan membawa jenazah Allahyarham dijangka tiba di anjung Kompleks Bunga Raya, KLIA pada 6.30 petang sebelum dibawa ke Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA untuk disembahyangkan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, selepas disembahyangkan, jenazah akan dibawa terus ke Muar, Johor pada 6.50 petang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota, Batu 1 1/4, Jalan Bakri.

Gambar Allahyarham Datuk Zulkephli Mohd Noor dirakam jurufoto Bernama pada September 2011 di kem pelarian Mogadishu, Somalia ketika beliau menjawat Setiausaha Bahagian Tugas-Tugas Khas Mengenai Afrika Utara, Kementerian Luar Negara, semasa menyelaras Misi Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia.  - Foto BERNAMA
Gambar Allahyarham Datuk Zulkephli Mohd Noor dirakam jurufoto Bernama pada September 2011 di kem pelarian Mogadishu, Somalia ketika beliau menjawat Setiausaha Bahagian Tugas-Tugas Khas Mengenai Afrika Utara, Kementerian Luar Negara, semasa menyelaras Misi Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia. – Foto BERNAMA

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Anna Amalina Imam Baweh dan lima anak.

Mohd Zulkephli mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sejak 1984.

Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Switzerland, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan pada Julai 2012.

Mohd Zulkephli juga pernah memegang jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Libya dari 2009 hingga 2011 dan terlibat secara langsung dalam operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Libya.

Selain itu, Allahyarham pernah bertugas di beberapa perwakilan Malaysia seperti Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]37w1BK_qzvo[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd