• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT, PDRM Mara Ke Pusingan Ketiga Piala FA

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mara ke pusingan ketiga Piala FA selepas menang ke atas lawan masing-masing di pusingan kedua, hari ini.

JDT melakar kemenangan selesa 5-0 ke atas wakil kelab dari Liga Perdana, UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam menerusi jaringan Amri Yahyah pada minit ke-13, S. Chanturu (m-32 dan 36), Amirulhadi Zainal (m45) dan Jorge Pereyra Diaz (m71).

Pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada penghujung perlawanan selepas Amirulhadi diperintah keluar padang oleh pengadil, Khairul Rizal Ismail kerana memijak pemain UiTM FC.

Dalam pada itu, kesilapan kapten pasukan DRB-Hicom FC, Godwin Antwi Birrago yang menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-103 menyaksikan PDRM menang 2-1 ke atas tuan rumah.

Perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi 90 minit.

Ivan Babic meletakkan DRB-Hicom FC di hadapan seawal minit kelapan sebelum Christopher Keli menyamakan kedudukan untuk PDRM pada minit ke-20 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Proton, Tanjung Malim, Perak. – BERNAMA

Tags: JDTPiala FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd