Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Persatuan Tadika Swasta Melaka,...

MELAKA - Persatuan Tadika Swasta negeri Melaka berhasrat untuk terus menjalin kerjasama dengan...

Mahathir Sendiri Tawar Diri...

KANTOI... Selepas teruk dikritik pelbagai pihak termasuk penyokong tegarnya sendiri kerana kitar semula...

Lagi Nahas Bas Ekspres,...

NIBONG TEBAL - Seorang penumpang wanita berusia 29 tahun maut selepas sebuah bas...

Gambar Viral Kanak-Kanak Maut...

HARI ini, gambar seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan maut selepas terkena renjatan elektrik akibat...

FAMA Jamin Barang Keperluan Di T’ganu Mencukupi Untuk Tahun Baru Cina

KUALA TERENGGANU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini memberi jaminan bekalan barang-barang keperluan untuk musim perayaan Tahun Baru Cina mencukupi di Terengganu.

Pengarah FAMA negeri Hasan Jusoh berkata barang-barang keperluan itu boleh didapati di semua pasar tani di seluruh negeri Terengganu mulai hari ini.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua bekalan barangan seperti ikan, daging dan sayur-sayuran mencukupi untuk musim perayaan ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata untuk Tahun Baru Cina ini juga FAMA akan menawarkan harga istemewa dengan kadar pengurangan harga lima peratus untuk barangan basah manakala barangan kering seperti pokok bunga sebanyak 20 peratus.


Pada masa ini terdapat 21 pasar tani di Terengganu dengan jualan bulanan antara RM5 juta hingga RM10 juta dan tahun ini FAMA menyasarkan jualan keseluruhan pasar tani di Terengganu akan meningkat kepada RM68 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori