• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akibat Kurang Pengetahuan DAP Tuduh Kerajaan Pecat 156 Profesor

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari membuat kenyataan dangkal apabila menuduh seramai 156 profesor universiti awam telah ditamatkan kontrak oleh kerajaan.

Beliau yang juga jurucakap Parlimen DAP untuk Pendidikan, Sains dan Teknologi mendakwa, penamatan kontrak profesor itu kononnya diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, bukan pihak universiti.

Kenyataan itu sekali gus membuktikan `reputasi’ Ahli Parlimen pembangkang yang sering membuat tuduhan secara semborono ke atas kerajaan selama ini tanpa memeriksa fakta sebenar.

“Penamatan kontrak 156 profesor ini sebahagian daripada masalah apabila segala keputusan pentadbiran dan akademik masih lagi dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan bukannya universiti.

“Ini jelas membuktikan campur tangan eksekutif dalam pentadbiran akademik universiti semakin terserlah,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam melaporkan seramai 156 profesor universiti awam ditamatkan kontrak akibat pengecilan bajet.

Kontrak profesor terbabit bagaimanapun ditamatkan oleh pihak universiti yang memegang kuasa autonomi dalam melantik dan menamatkan petugas akademiknya.

Kontrak mereka ditamatkan pihak universiti kerana berlaku pengurangan peruntukan universiti awam disebabkan kekangan ekonomi semasa.

Beberapa universiti yang mempunyai dana sendiri bagaimanapun masih mengekalkan sebilangan profesor di universiti masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Zairil Khir Johari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khidmat Wi-fi Percuma Di P.Pinang Dihentikan

20/01/2019
0

PERKHIDMATAN wifi percuma di negeri ini atau 'Penang Free Wi-fi' (PFW) akan dihentikan bermula 13 Feb ini berikutan kelajuan internetnya...

P.Pinang Lulus RM10 Juta Projek RTB Teluk Kumbar

22/05/2018
0

BALIK PULAU - Kerajaan Pulau Pinang meluluskan RM10 juta untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar bagi menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd