Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Jangkitan Influenza: Pemain JDT...

KUALA LUMPUR - Seramai 17 pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Nanah Dalam Mata, Liza...

AKIBAT mengalami bengkak di bahagian mata dan masalah kornea, pelakon Liza Abdullah terpaksa...

Polis Sangkal Gambar Tular...

KUALA LUMPUR – Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan gambar pengiraan...

PKRC MAEPS Kini Dikenali...

SERDANG: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS)...

Adenan Mahu Pengurusan Hutan Sarawak Diiktiraf Masyarakat Dunia

KUCHING – Dasar pengurusan hutan lestari dilaksanakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem bertujuan memastikan hutan diurus mengikut piawaian antarabangsa dan diiktiraf masyarakat dunia, kata Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Sapuan Ahmad.

Beliau berkata terdapat 12 lesen pokok balak hutan di kawasan Heart of Borneo (HoB) atau Jantung Borneo yang sedang dalam proses mendapat persijilan hutan menjelang 2017.

Katanya pangkalan data lebih komprehensif tentang khazanah biodiversiti Sarawak dalam kawasan HoB telah didokumentasikan dan menurutnya beberapa spesies flora dan fauna baharu turut dijumpai yang telah meningkatkan lagi imej dan nilai kawasan HoB.

Menurutnya beberapa ekspedisi saintifik turut dijalankan termasuk ekspedisi saintifik Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau di Sri Aman dan ekspedisi Batang Balleh di Miri yang dijalankan dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

“Pelan tindakan strategik Orang Utan turut didraf dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri dan persatuan pemuliharaan hidupan liar,” katanya semasa merasmikan Bengkel Heart of Borneo (HoB) Agensi-Agensi Kerajaan di sini hari ini.

Selain itu, katanya Jabatan Hutan Sarawak turut menjalankan penyelidikan spesifik terhadap ekologi “salt lick’ atau jenut, projek orkid Gunung Mulu, projek kucing hutan yang menumpukan pada spesies ‘Neofelis Diardii’, antara perancangan yang masih diusahakan.


Sapuan berkata misi kebangsaan dan negeri ini memerlukan sokongan dan kerjasama semua agensi kerajaan relevan dan bersama-sama sebagai satu pasukan akan dapat memastikan keberkesanan pelaksanaan aktiviti di HoB.

Katanya bengkel itu bertujuan meningkatkan lagi kerjasama dan perundingan antara agensi kerajaan terbabit di kawasan HoB dalam usaha menjamin penggunaan tanah secara lestari dan agenda pembangunan masyarakat luar bandar di negeri ini dapat dicapai.

Deklarasi HoB ditandatangani di Bali pada 2007 antara kerajaan Indonesia, Malaysia dan Brunei, yang mempamerkan iltizam ketiga-tiga negara dalam pemuliharaan khazanah hutan.

Inisiatif HoB bertujuan meningkatkan usaha pemuliharaan dan pembangunan lestari dengan meminimumkan kemusnahan hutan, mengelak kehilangan biodiversiti dan ekosistem serta meningkatkan taraf hidup penduduk di pulau Borneo yang dianggarkan 20 juta hektar diliputi hutan tropika. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori