• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Hutan Lipur Di Hulu Perak Jadi Tarikan Pelancong

oleh Ahmad Albab
26/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LENGGONG – Dua hutan lipur di Hulu Perak menjadi antara produk utama pelancongan domestik di negeri ini kerana kecantikan dan persekitaran semulajadinya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata hutan berkenaan ialah Hutan Lipur Lata Kekabu dan Pulau Mata Kail.

Katanya kedua-dua produk berkenaan merupakan antara 16 kawasan hutan lipur yang terdapat di negeri ini.

“Dengan adanya kawasan Lembah Lenggong yang dinaik taraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), menjadikan kawasan itu sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara,” katanya pada sidang akhbar di Hutan Lipur Lata Kekabu di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Hammam (Tandas) dan Perhutanan Sosial Hutan Lipur Lata Kekabu sempena Pemukiman Daerah Hulu Perak oleh Menteri Besar Perak, selama lima hari yang berakhir, esok.

Selain itu Nolee Ashilin berkata pihaknya juga sedang melengkapkan dokumen untuk memasukkan Hutan Royal Belum sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

“Kita sedang menyediakan dokumen untuk diserahkan kepada Jawatankuasa UNESCO akhir tahun ini.

“Hutan Royal Belum menjadi tarikan utama kerana ia merupakan hutan semula jadi pelancongan yang terkenal dengan flora dan fauna yang menarik di Hulu Perak,” katanya.

Beliau berkata daerah Hulu Perak mempunyai pelbagai kemudahan termasuk penginapan hotel dan homestay yang sering menjadi tarikan kepada pelancong yang gemarkan percutian alam semulajadi.

Sehubungan itu, Nolee Ashilin meminta masyarakat setempat agar membantu dalam melestarikan keindahan alam semula jadi di samping mempromosikan produk pelancongan sedia ada di sini. – BERNAMA

Tags: PelanconganPerak
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd