Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Fasha, Aidil Bertunang Tak...

KUALA LUMPUR - Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang? Sejak beberapa hari lalu, kecoh...

Penduduk Perak Panik Dengar...

IPOH – Penduduk di beberapa kawasan di Perak khususnya Ipoh panik seketika apabila...

Guna Kerjaya Politik Semaksimum...

SOOK - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata beliau...

Penentangan ICERD Baru Bermula...

KOTA BHARU - Himpunan aman bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

Kelajuan LTE Malaysia Perlahan Dan Agak Mengecewakan

PERKHIDMATAN 4G LTE di Malaysia merupakan teknologi rangkaian baru yang telah diperkenalkan pada tahun 2013.

Maxis merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan perkhidmatan Internet dengan kelajuan sehingga 75 Mbps.

Selepas hampir tiga tahun diperkenalkan bagaimanakah prestasi perkhidmatan LTE di Malaysia?

Terkini, pihak OpenSignal telah mengeluarkan laporan terkini mereka berkaitan dengan dunia rangkaian LTE.

Mereka mengumpulkan data daripada lebih 11 juta pengguna daripada beberapa negara yang mempunyai pelan LTE dan menggunakan aplikasi OpenSignal.

Data yang telah dikumpulkan oleh OpenSignal bermula daripada March 2015 yang lepas sehingga bulan May 2015 ini.

Di bawah ialah carta laporan daripada mereka yang menunjukkan kelajuan purata perkhidmatan LTE di dunia.

LTE3

Berita buruk yang ingin kami kongsikan ialah Malaysia ialah antara negara dengan kelajuan LTE purata paling rendah iaitu sekitar 12 Mbps sahaja.

Ini meletakkan kita setanding dengan negara seperti Sri Lanka, Slovenia, Rusia dan Argentina.


Baca: Internet ‘High Speed’ Katanya, Tapi Bagai ‘Kencing Tak Lawas’!

Singapura boleh bermegah kerana perkhidmatan LTE di Kota Singa itu mempunyai kelajuan purata 33 Mbps, iaitu berada di tempat kedua di bawah New Zealand yang mengguli carta sebanyak 36 Mbps.

Umobile ialah syarikat telekomunikasi dengan perkhidmatan LTE terpantas dengan dilaporkan purata 15 Mbps.

Manakala Digi dan Maxis berkongsi di tempat kedua dengan purata 12 Mbps manakala Celcom di tangga terbawah dengan purata 11 Mbps.

Dari segi keluasan kawasan yang mempunyai perkhidmatan LTE pula, Korea Selatan di tangga teratas dengan 97%.

Di Malaysia, Celcom mempunyai keluasan kawasan terbesar dengan 67%.

Tinggal empat tahun sahaja lagi sebelum 2020 dan kita masih jauh di belakang majoriti negara maju dari segi kelajuan internet.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: OpenSignal 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori