• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Mengamuk Campak Mikrofon!

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbuatan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mencampak mikrofon di hadapan khalayak ramai dengan kasar selepas menyampaikan ucapan di Himpunan Bebaskan Anwar malam Selasa membuktikan nilai-nilai agresif pemimpin pembangkang negara ini dalam berpolitik.

Tindakan Mohamad Sabu atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu itu turut dikecam ramai pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan berkenaan membayangkan mentaliti tidak bermoral pemimpin pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk memegang kuasa.

Laman Facebook PAN yang menyiarkan rakaman video Mat Sabu mencampak mikrofon bagaimanapun mendakwa presiden parti itu berbuat demikian bagi melahirkan rasa marah dan mengajak rakyat Malaysia bangun melawan Barisan Nasional (BN).

“Usia sudah 60 tahun tetapi rakyat Malaysia belum lagi berubah. Ayuh adakah kita seorang pejuang atau hanya slogan mahu menyedapkan hati saudara kita (Anwar Ibrahim),” kata Mat Sabu lalu mencampakkan mikrofon kepada gambar Anwar di belakangnnya.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Rahimi Ismail dalam komennya berkata: “Kurang waras dah Ahmad Sabu ni… mungkin parti PAN semakin tidak mendapat sambutan, kesian Bang Mat”.

Ashryl Ahmad pula berkata: “Baling microphone atas pentas sendiri buat haper.. sungguh biadap Mat Sabu… Presiden PAN tunjuk contoh yang buruk… di kawasan kami nanti INSYAALLAH Mat Sabun tak akan di jemput….”

Seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan akaun Mohd. Hazim berkata: “Selamat dia baling ke arah belakang kalau dia baling ke arah audience…memang biol kena”

Beberapa lagi pengguna Facebook menyindir akhlak buruk Mat Sabu dan perut beliau yang semakin buncit kerana Mat Sabu sering mendakwa rakyat Malaysia tidak cukup makan di bawah pemerintahan BN. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]pbNNoNDhvYw[/wpdevart_youtube]

Tags: Mat Sabu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

12/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan Tony Pua, Datuk Seri Mohamad Sabu, Majlis Peguam (Bar...

Mat Sabu Ingatkan Calon PH Merlimau Jangan Curi Wang Rakyat, Curi Pasir Selepas Menang

Mat Sabu Ingatkan Calon PH Merlimau Jangan Curi Wang Rakyat, Curi Pasir Selepas Menang

10/11/2026
0

MELAKA - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd