• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebuhraya Pan Borneo Ambil Kira Kepentingan Hidupan Liar

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMATAN (Sarawak) – Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan turut mengambil kira kepentingan hidupan liar di sesetengah kawasan yang terjejas seperti taman negara dan santuari hidupan liar.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pendekatan itu bertujuan mengurangkan gangguan terhadap haiwan liar selain memelihara habitat semula jadi mereka.

“Bagi laluan ini, kita menempuh Santuari Hidupan Liar Samunsan, yang antara lain dihuni monyet proboscis, harimau dahan, burung enggang, lotong kelabu, ungka dan penyu.

“Bagi memenuhi keperluan monyet proboscis, kami membina jambatan sepanjang 270 meter berbanding kira-kira 100 meter bagi membolehkan mereka bergerak bebas sepanjang tebing sungai di bawah jambatan ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas meninjau pembinaan Jalan Telok Melano-Sematan sepanjang 34 kilometer di sini membabitkan kos RM580 juta, yang merupakan bahagian pertama lebuh raya itu, di sini semal.

Turut dibina pos pengawal hidupan liar sepanjang laluan di santuari ini untuk menghalang pemburuan haram, katanya.

Fadillah berkata pembinaan jambatan dua lorong akan memberi kesan minimal kepada hutan bakau di kawasan itu selain dilengkapi dengan lampu tanpa silau bagi melindungi penyu.

Mengenai kerja pembinaan yang agak terlewat sedikit, beliau berkata keadaan itu tidak kritikal dan sebahagian besarnya disebabkan cuaca buruk.

Jalan Telok Melanao-Sematan merupakan pakej kerja pertama di bawah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 783.9km di Bandaraya Miri.

Ia dijangka siap pada awal Januari, 2019. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]JLLZ99vv0RQ[/wpdevart_youtube]

Tags: Lebuhraya Pan Borneo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

09/04/2024
34

KUCHING - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak fasa satu bakal dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini. IKUTI CHANNEL...

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

26/09/2022
0

PAPAR - Tiga daripada 35 pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd