• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Antara 4 Ditahan Miliki Raifal Buatan Sendiri, Dadah

oleh Ahmad Albab
03/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Polis Labuan menahan empat rakyat tempatan termasuk seorang wanita kerana memiliki raifal buatan sendiri dan dadah semalam.

Semua suspek berusia antara 30 dan 40 tahun dtahan bersama tiga laras raifal dan peluru guli dan 6.53 gram dadah sintetik jenis syabu di Jalan Tanjung Kubong pukul 3 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata semua suspek lelaki ditahan reman empat hari manakala suspek wanita tiga hari mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Mereka ditahan dua kereta peronda ketika melakukan rondaan biasa di sekitar Kampung Tanjung Kubong selepas mendapati kereta Toyota Land Cruiser yang dinaiki mereka diletakkan di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika melakukan pemeriksaan badan, polis menemui tin aluminium mengandungi 37 straw mengandungi dadah dipercayai syabu dalam kocek seluar seorang suspek.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menjumpai dua raifal dalam kenderaan itu manakala satu lagi ditemui dalam longkang berhampiran selepas dicampakkan oleh suspek lain,” katanya.

Mohd Ibrahim turut mengesahkan kesemua suspek diuji positif syabu.

“Tiada seseorang pun dibenarkan memiliki, membawa atau menggunakan senjata atau peluru tanpa lesen atau permit, walaupun untuk tujuan memburu binatang atau burung,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadahWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd