• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GKCM Minta Kumpulan ‘Anti Mukhriz’ Digantung Ahli UMNO

oleh AK-47
23/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) hari ini menggesa pucuk pimpinan tertinggi UMNO mengambil tindakan disiplin terhadap ketua-ketua bahagian yang menyatakan pendirian telah ‘hilang keyakinan’ terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pengerusinya, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, UMNO tidak boleh amalkan dwi standard dan perlu menghukum kumpulan anti Mukhriz seperti mana sembilan ketua cawangan UMNO Teluk Kemang digantung hak ahli UMNO selama enam tahun kerana mendesak presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

memo3
Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman (kiri).

“Kami mahu mereka juga diambil tindakan oleh tribunal disiplin parti.  GKCM mendesak agar kesemua ketua bahagian, ketua cawangan dan ahli yang hadir dihadapkan ke Tribunal Lembaga Disiplin UMNO seterusnya gantung keahlian mereka.

“Tak boleh amalkan pilih kasih dalam membuat keputusan. Apa yang kami mahu di sini ialah keadilan yang saksama.

“Jika ketua cawangan Teluk Kemang dijatuhi hukuman sehingga enam tahun, kami mahu enam tahun juga dijatuhi pada semua yang ada di Alor Setar, semalam,” katanya ketika ditemui pada sesi penyerahan memo di lobi bangunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Memo itu diserahkan kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusuf.

memo
Memo menggesa tindakan disiplin diambil terhadap ahli UMNO Kedah diserahkan kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusuf.

memo2

GKCM mendakwa, kenyataan kumpulan anti-Mukhriz itu boleh ditafsirkan sebagai melanggar disiplin parti dan pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah telah digunakan sebagai alat untuk memberi tekanan kepada Mukhriz melepaskan jawatan sebagai MB.

Semalam, hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Pengumuman perkara ini dibuat Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanifah selepas pertemuan tertutup dengan hampir kesemua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen negeri itu daripada UMNO.

Turut hadir pada majlis semalam ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Ahmad Bashah, tindakan itu dibuat berdasarkan kepada kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti tersebut di negeri Kedah.

Sehubungan itu, mereka meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak segera melakukan perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti tersebut di Kedah serta menukar Menteri Besarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KedahMukhriz Mahathirpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan laluan untuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd