• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Kurnia Tanah Untuk Bangun Bandar Sukan JDT

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan tanah seluas 28 hektar pemberian kerajaan negeri untuk dijadikan Bandar Sukan Johor Darul Ta’zim.

Mengumumkan demikian hari ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim berkata, “Ia (Bandar Sukan JDT) akan menjadi pusat sukan di mana akan ada tempat untuk semua jenis sukan di bawah nama JDT.
”
Terdapat juga kemudahan-kemudahan lain seperti Hotel JDT, Apartment JDT dan Pusat Membeli-belah JDT,” kata beliau.

Ismail, menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers, memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim turut berkenaan memberikan sejumlah dana kepada pasukan JDT untuk membiayai pembinaan stadium baru.

Lokasi stadium itu dipercayai Nusajaya.

Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bagaimanapun tidak menyatakan jumlah dana tersebut.

Ismail berkata walaupun ramai pihak yang mengkritik usaha pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk membangunkan pasukan JDT
menjadi antara kelab yang disegani di Asia, usaha baginda kini mendatangkan hasil lumayan kepada pasukan selatan tanah air itu.

Pada 10 Januari lepas, Sultan Ibrahim dilaporkan berkenan memberikan dana sejumlah RM50 juta kepada JDT kerana gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan ‘Bangsa Johor’ serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.

Selang beberapa hari kemudian, Tunku Ismail mengumumkan suntikan dana tambahan sebanyak RM50 juta bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan skuad Harimau Selatan itu.

Pada 31 Okt lepas, JDT mencipta sejarah bila berjaya menjadi kelab pertama dari Malaysia muncul juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas wakil Tajikistan, FC Istiklol. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ACswM05zCPg[/wpdevart_youtube]

Tags: JDTSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid...

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd