• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Kampung Bakar Rumah Anggota Ajaran Sesat

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIANAK – Polis dan tentera Indonesia semalam memindahkan ratusan bekas anggota kumpulan ajaran sesat Gerakan Fajar Nusantara (GAFATAR) ke daerah ini selepas kediaman mereka di Mempawah, Kalimantan Barat dibakar penduduk tempatan.

Bekas anggota Gafatar itu mula tiba di penempatan sementara di Tanjungpura, Pontianak, petang kelmarin, memandangkan mereka tidak ada tempat lagi untuk menumpang.

“Ketika ini ratusan polis dan tentera mengawal penempatan mereka bagi menghalang sebarang kejadian tidak diingini,” kata jurucakap polis Kalimantan Barat, Arianto.

Langkah keselamatan ditingkatkan sejak pemindahan bermula selepas sembilan rumah anggota kumpulan ajaran sesat itu dibakar, dipercayai oleh penduduk Mempawah yang tidak senang dengan kehadiran mereka di daerah itu.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Indonesia berusaha menghantar anggota Gefatar itu pulang ke kampung asal mereka di Jawa.

Isnin lalu, sebuah kereta milik anggota kumpulan itu dibakar ketika pemiliknya berbincang dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kata dua penduduk Mempawah yang memaksa mereka meninggalkan daerah itu.

Gefatar yang dulunya dikenali sebagai Al-Qiyadah Al-Islamiyah diisytiharkan ajaran sesat oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Ia ditubuhkan pada 14 Ogos 2011 setelah Al-Qiyadah dibubarkan pada 2007. Pemimpinnya Mussadeq mengaku nabi dan mendakwa menerima wahyu Tuhan menerusi malaikat Jibrail dan ajaran itu mencampuradukkan agama Islam, Kristian dan Yahudi. – Agensi/myMetro Online

Tags: Ajaran SesatIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd