• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pantau Kegiatan Militan Daesh Di Perak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Perak sentiasa memantau kegiatan orang awam di negeri ini bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan anasir negatif termasuk menyertai kumpulan militan Daesh.

Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh berkata setakat ini pihaknya tidak mengesan aktiviti militan di negeri ini.

“Selain penugasan biasa mencegah jenayah, polis Perak jugak menjalankan tugasan untuk menghindar ancaman Daesh. Polis Perak bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk memantau kegiatan itu.

“Polis mengawal keselamatan di semua kawasan khususnya kawasan tumpuan orang ramai agar penduduk merasa lebih selamat di mana jua mereka berada,” katanya kepada pemberita pada program ‘High Profile Policing’ bersama masyarakat sempena sambutan Thaipusam di Kuil Arul Subramaniar di sini hari ini.

Katanya bagi sambutan Thaipusam, polis Perak telah menubuhkan satu pasukan khas yang terdiri daripada anggota polis dan pegawai untuk memastikan keselamatan terkawal.

Seramai 1,600 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan di sekitar Gunung Cheruh di sini yang menempatkan Kuil Arul Subramaniar sempena perayaan Thaipusam, katanya.

Mengulas lanjut mengenai tangkapan anggota Geng Mamak pada Jumaat lepas, beliau berkata polis sedang mengenal pasti seorang lagi anggota kumpulan itu.

Dalam kejadian itu, seorang anggota Geng Mamak berumur 38 tahun mati ditembak manakala dua lagi masing-masing berumur 31 tahun dan 35 tahun ditahan selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh beberapa kereta polis di Plaza Tol Changkat Jering.

Suspek yang memandu kereta Volkswagen Passat enggan memberhentikan kenderaannya setelah diarah polis, sebaliknya bertindak merempuh kereta polis, dan polis terpaksa melepaskan tembakan sehingga mengenai bahagian rusuk kirinya.

Kesemua mereka berasal dari Perak itu mempunyai rekod jenayah lampau. – BERNAMA

Tags: MilitanPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd