• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pantau Keadaan Politik Di Kedah, Elak Provokasi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis sedang memantau keadaan di Kedah berikutan pergolakan politik di negeri berkenaan bagi memastikan tidak berlakunya sebarang provokasi.

Sambil meminta rakyat negeri itu supaya bertenang dan tidak bertindak emosional, Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata polis sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan adalah terkawal.

“Itu masalah dalaman mereka (pihak yang terlibat dalam pergolakan politik itu)…jadi biar mereka selesaikan. Tetapi demi memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat negeri ini, polis akan terus menjalankan pemantauan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Suasana politik di Kedah ‘panas’ sejak beberapa hari lepas apabila Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menerima tekanan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen UMNO Kedah, serta pemimpin kanan UMNO negeri yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Terdahulu, Zamri merasmikan Program Kayuhan Basikal disertai lebih 100 peserta terdiri daripada anggota polis dan masyarakat setempat, yang akan berkayuh dari IPK Kedah ke Tasik Darulaman, Jitra.

“Program yang pertama kali diadakan ini bertujuan merapatkan hubungan antara polis dan masyarakat. Kita ingin jadikan masyarakat sebagai sahabat polis dalam sama-sama membantu mengurangkan kadar jenayah bagi mewujudkan persekitaran yang selamat di Kedah,” kata Zamri. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]pp4Oos_uuwE[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undi Pesaing Kerajaan Yang Adil Tidak Haram – JABHAH

Undi Pesaing Kerajaan Yang Adil Tidak Haram – JABHAH

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat berhak menyokong sesebuah kerajaan yang diyakini adil, namun pada masa sama mempunyai hak untuk memilih kepimpinan...

‘Orang Yang Kutuk Tu Mungkin Orang Luar’ – Mukhlis Mubin

‘Orang Yang Kutuk Tu Mungkin Orang Luar’ – Mukhlis Mubin

02/11/2026
0

MELAKA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah mempertahankan tindakannya membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd