• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemaju Diminta Ambil Kira Faktor Jalan Sebelum Bangunkan Projek

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pemaju perumahan di kawasan baharu di sini diminta menitik beratkan faktor keluasan jalan sebelum membuat sebarang projek pembangunan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata perkara berkenaan penting bagi mengelak masalah kesesakan trafik di bandar raya itu bertambah teruk.

“Sekarang masalah baharu yang perlu diatasi adalah kesesakan di Ipoh akibat pertambahan kenderaan khususnya semasa cuti hujung minggu atau ketika cuti sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Mh Pinnacle di sini hari ini.

Zambry berharap pemaju dapat berbincang dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebelum membangunkan sesuatu projek selain mencari pendekatan terbaik bagi mengatasi kesesakan trafik.

“Bagi pembangunan baharu misalnya di tepi lebuh raya, kita minta pemaju lihat bagaimana kereta boleh terus masuk ke kawasan itu dengan membina susur jalan tanpa perlu memasuki kawasan bandar,” katanya.

Menjelas lanjut Zambry berkata pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang antara lain dianggotai Datuk Bandar MBI Datuk Zamri Man dan Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong bagi meneliti masalah itu.

Menurut Zambry, Keretapi Tanah Melayu Bhd juga telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri beberapa bulan lalu bagi kemungkinan menyediakan perkhidmatan untuk perjalanan jarak dekat di Ipoh. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]PkApbEgAQ28[/wpdevart_youtube]

Tags: pemajuZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd