• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Minta Kerajaan Kaji Semula Harga Diesel Bersubsidi

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Nelayan di pulau peranginan ini berharap kerajaan dapat mengkaji semula harga diesel bersubsidi iaitu RM1.65 seliter, yang lebih tinggi daripada harga industri iaitu RM1.45 seliter pada ketika ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata perkara itu antara yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan pengerusi-pengerusi persatuan nelayan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya pihak LKIM akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar dapat menyamakan harga diesel bersubdisi untuk nelayan dengan harga industri bahan api itu.

“Perlu untuk (harga) minyak diesel bersubsidi ini diapungkan (untuk nelayan) memandangkan harga diesel semakin hari semakin turun. Sekarang ini (harga subsidi diesel untuk nelayan) agak tinggi sedikit iaitu RM1.65 seliter berbanding harga industri RM1.45 seliter,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Katanya pada pertemuan itu, mereka turut meminta supaya dilibatkan dalam apa-apa perancangan berhubung pembangunan yang hendak dilaksanakan di Langkawi.

“Mereka khuatir warisan nelayan di Langkawi akan terjejas khususnya di kawasan-kawasan pangkalan nelayan tradisional yang hendak dibangunkan. Setidak-tidaknya pembangunan ini tidak akan menghimpit mereka dan dapat bersama-sama dengan arus pembangunan,” katanya.

Irmohizam berkata beliau juga telah meminta kontraktor baharu yang telah dilantik untuk menyiapkan projek Jeti Nelayan Kuala Cenang di sini untuk menyegerakan kerja mereka bagi menamatkan kesulitan yang dihadapi kira-kira 270 orang nelayan yang berpangkalan di situ.

“Sebelum ini projek jeti ini dianggap sebagai ‘projek sakit’ tetapi sekarang sudah ada kontraktor baharu dan saya mahu pastikan kerja-kerja penyiapannya dapat disegerakan kerana ia akan menjadi satu mercu tanda yang akan dapat meningkatkan lagi kegiatan ekonomi nelayan di sini,” katanya. – BERNAMA

Tags: DieselNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

Harga Minyak Naik Lagi

Harga Minyak Naik Lagi

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga bahan api tanpa subsidi mengalami peningkatan sekali lagi apabila kerajaan mengumumkan pelarasan terbaharu harga runcit petroleum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd