• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Nanti Bil Air Kita La Pulak Naik Pasal Dah Tak Mandi Hujan”

oleh AK-47
10/01/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAH pasti ramai antara kita inginkan kehidupan yang serba serbi mewah biar pun tak dinafikan ada juga yang tidak kisah kehidupan sederhana asalkan bahagia.

Setiap ikatan yang dibina untuk membentuk sebuah keluarga sudah pasti disusuli niat inginkan kebahagian, namun perlu diketahui kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan wang ringgit tapi keikhlasan dan kejujuran.

Sebuah posting di laman Facebook yang dimuatnaik oleh pengguna akaun Dan Shan amat menarik perhatian kami apabila pengalaman beliau sewaktu menyaksikan perbualan antara sepasang suami isteri ini telah mendapat lebih 18,000 perkongsian di laman sosial.

Berikut adalah cerita beliau yang telah kami alih ke bahasa Malaysia.

motor2

Pertama sekali, Syukur Alhamdulillah kepada semua yang Allah telah berkati bersama saya. Amin.

Saya terlihat pasangan ini sedang memakai baju hujan kerana hujan lebat ketika itu. Ini adalah perbualan antara mereka..

Suami: Kita tunggu kejap la sayang, Hujan lebat sangat ni

Isteri: kalau tunggu takut lambat nak ambik Aishah (saya menganggap ia adalah anak perempuan mereka)

Suami: call la kak Nah cakap kita lambat sikit, suruh dia bagi makan dulu ke apa

Isteri membuat panggilan kemudian melihat suami dan berkata..

Isteri: dah call, Kak Nah kata ok

Beberapa minit kemudian selepas merenung hujan, isteri berpaling kepada suaminya dan berkata.. “kalau kita ada rezeki lebih tahun ni, kita beli la kete second hand ye bang”

Suami: In-SyaAlllah sayang, nanti abang usahakan. Senang la jugak kita tapi nanti bil air kita la pulak naik pasal dah tak mandi hujan.. (kedua-dua mereka ketawa bersama-sama)

Walaupun dengan kesusahan yang dihadapi, mereka masih mampu ketawa dan senyum bersama-sama. Di depan mata saya kini adalah sebuah keluarga yang begitu bahagia. Semoga Allah memberkati anda dan keluarga dengan rezeki yang melimpah dan gembira sentiasa. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Dan Shan

Tags: facebookkekeluargaanmasyarakatmedia sosialNetizen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas Melaka, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyindir Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd