• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kecam Serangan Pengganas Di Istanbul

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Sultanahmet, Istanbul pada Selasa yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang awam selain mengakibatkan kecederaan kepada 15 yang lain.

Kenyataan Kementerian Luar Malaysia hari ini menyebut bahawa menurut Kedutaan Malaysia di Ankara, setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia yang terkorban akibat insiden itu.

“Kedutaan itu turut berhubung rapat dengan rakyat Malaysia, termasuk pelajar kita di Istanbul,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerajaan Malaysia merakamkan simpati yang amat mendalam kepada kerajaan dan rakyat Turki selain keluarga serta mangsa yang terjejas akibat serangan itu.

Kementerian itu turut mengingatkan rakyat Malaysia yang tinggal dan melakukan perjalanan ke Istanbul supaya sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan diri dan keselamatan keadaan di sekeliling mereka, di samping sentiasa memantau serta mematuhi sebarang nasihat yang dikeluarkan kerajaan Turki.

Kementerian, menerusi Kedutaan Malaysia di Ankara, akan terus memantau keadaan, menurut kenyataan itu.

Laporan dari Turki menyebut bahawa serangan itu dilakukan oleh seorang warga asing yang merupakan anggota kumpulan militan Daesh yang bertapak kukuh di Syria dan Iraq. – BERNAMA

Tags: MalaysiaTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd