• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Mohon UMNO Buka Keahlian Kepada Bukan Melayu

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO diminta membuka keahlian parti itu kepada bukan Melayu supaya negara ini tidak lagi ditadbir oleh Perdana Menteri yang terlalu mengutamakan kepentingan kaum Melayu.

Penasihat dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Malaysia kini memerlukan seorang Perdana Menteri yang turut mengutamakan kaum lain di negara ini.

“Sudah tiba masa untuk UMNO membuka keahlian kepada bukan Melayu.

“Bagaimana sebuah negara boleh mempunyai Perdana Menteri daripada parti politik yang menjuarai kaum Melayu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang dipercayai membuat permintaan secara terbuka itu kerana menyedari adalah mustahil untuk DAP dan tali barutnya dalam Pakatan Harapan menumbangkan kerajaan sedia ada.

Kit Siang seterusnya berkata, dunia politik di Malaysia sudah berubah yang menyaksikan politik berasaskan kepentingan kaum ditolak generasi muda negara.

Menurut pemimpin DAP itu, hak semua kaum termasuk Cina dan India perlu diutamakan di Malaysia, bukan hak kaum Melayu sahaja.

Dakwanya, UMNO akan menjadi sebuah parti dinasour pada pilihan raya umum ke-14 jika enggan membenarkan bukan Melayu menganggotai parti itu. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]dVvOM9f1kI8[/wpdevart_youtube]

[wpdevart_youtube]l-bGizz6ehU[/wpdevart_youtube]

Tags: Lim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mendakwa DAP 'tidak Melayu' sambil mengingatkan tentang dokumen...

Sheikh Umar Kenang Sentuhan Lim Kit Siang Di Paloh

Sheikh Umar Kenang Sentuhan Lim Kit Siang Di Paloh

10/07/2026
0

KLUANG – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mengimbau sumbangan veteran DAP, Lim Kit Siang membuka laluan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd