• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Wanita PKR Dihalang Memasuki Sarawak

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini disekat oleh Jabatan Imigresen di sini daripada memasuki negeri Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 11 pagi ini.

Zuraida dijadual mengadakan pertemuan dengan bakal calon wanita PKR bagi pilihan raya Sarawak.

Turut bersama Zuraida ialah Timbalan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha, yang bagaimanapun, diberi kebenaran untuk masuk ke negeri ini dan beliau kemudian menyambung penerbangan ke Miri.

Ketika ditemui pemberita, Naib Presiden Wanita PKR Kebangsaan, Voon Shiak Ni yang berada di KIA untuk menyambut ketibaan Zuraida serta rombongan, berkata Zuraida telah diarah pulang semula ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 3.05 petang ini.

Katanya usaha untuk mendapat kepastian daripada Pejabat Ketua Menteri Sarawak gagal namun pihak Jabatan Imigresen di sini mengesahkan Zuraida berada dalam senarai mereka yang dihalang daripada memasuki Sarawak.

Pada 6 Disember lepas, Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut dihalang daripada memasuki negeri ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]SWIvaRW7ujA[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undi Pesaing Kerajaan Yang Adil Tidak Haram – JABHAH

Undi Pesaing Kerajaan Yang Adil Tidak Haram – JABHAH

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat berhak menyokong sesebuah kerajaan yang diyakini adil, namun pada masa sama mempunyai hak untuk memilih kepimpinan...

‘Orang Yang Kutuk Tu Mungkin Orang Luar’ – Mukhlis Mubin

‘Orang Yang Kutuk Tu Mungkin Orang Luar’ – Mukhlis Mubin

02/11/2026
0

MELAKA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah mempertahankan tindakannya membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd