ANAK-anak anda suka menyanyi dan berfesyen? Oleh itu, jom serlahkan bakat anak anda dalam acara Infinite Talent with Love & Laughter yang bakal berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 13 Mac ini.
Program anjuran UC Kindies Sdn. Bhd. bersama The Singing Shop ini bakal mengadakan dua pertandingan berjuri iaitu UC Idol dan Rock N Roll Fashion Show.
Dalam acara ini, UC Idol mengetengahkan tiga kategori iaitu Solo, Duo dan Trio. Manakala, Rock N Roll Fashion Show juga dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Duo, Trio dan Big Group.
Pertandingan yang bakal diadakan bermula jam 11 pagi sehingga 9 malam itu, terbuka kepada kanak-kanak berumur dari empat hingga 12 tahun serta seisi keluarga.
Bagi yang berminat, anda boleh mendaftar menerusi laman sesawang www.ucworld2u.com dan tarikh tutup pendaftaran adalah 15 Februari ini.
Untuk makluman lebih lanjut, sila lawati laman Facebook www.facebook.com/UCKindies, saluran YouTube UC Kindies dan laman sesawang www.uckindies.com. – MYNEWSHUB.CC

