• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Buruk Sangka Keputusan Diambil Kerajaan

oleh Ahmad Albab
29/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Rakyat negeri ini dinasihatkan agar tidak buruk sangka terhadap tindakan dan keputusan dilakukan kerajaan, sebaliknya berdiri teguh memberi sokongan ke arah memastikan negara kekal berada di landasan betul.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat berkata setiap perkara dilaksanakan kerajaan adalah sentiasa berasaskan kepada kepentingan dan mendahulukan rakyat dan negara.

Beliau berkata ia termasuk pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, yang perlu diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak.

“Kerajaan sentiasa berusaha mencari mekanisme terbaik bagi memastikan negara stabil dengan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya. Jangan seperti pembangkang, perkara yang betul pun tidak bersetuju,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal sempena sambutan Tahun Baru Cina di kediamannya, dekat sini hari ini.

Hamisa berkata pengubahsuaian bajet itu sudah tentu memberi banyak manfaat kepada rakyat, antaranya pembinaan 10 Pusat Transformasi Bandar (UTC), termasuk di daerah ini.

“Kita mengalu-alukan pembangunan kemudahan ini kerana pelbagai manfaat bakal diperoleh rakyat kerana fungsinya sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai agensi perkhidmatan awam di bawah satu bumbung memudahkan urusan diselesaikan dalam satu-satu masa,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, 22 warga emas dan ibu tunggal warga Tionghua menerima sumbangan berupa wang tunai serta barangan makanan bagi membantu meringankan golongan itu dalam menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Hamisa berkata semangat perpaduan dan toleransi diamalkan rakyat pelbagai kaum di negeri ini, perlu terus dibudayakan demi kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan.

Beliau yang juga wakil rakyat Tanjung Batu, berkata sudah menjadi tradisi masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di daerah ini, bersama-sama meraikan sambutan perayaan tersebut sebagai tanda perpaduan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-bxvps_It-c[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd