Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Subsidi Minyak Masak Tulen...

PUTRAJAYA : Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan...

Khusrin Kesal Masih Ramai...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi kesal dengan...

Pembayaran BR1M 2016 Mulai...

PUTRAJAYA - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan bermula pada Khamis.Menteri Kewangan...

Gerakan Dedah Video Bapa...

GEORGE TOWN - Bapa kepada seorang ADUN Pulau Pinang didakwa meminta 'rasuah' untuk...

FAMA Import Barangan Mentah Untuk Persediaan Hadapi El Nino

KUALA LANGAT – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengimport lebih banyak barangan mentah bagi menstabilkan harga barangan tersebut di pasaran sebagai persediaan bagi menghadapi musim kering berikutan fenomena El Nino.

Presiden FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata bagaimanapun pihaknya akan mengenal pasti terlebih dahulu barangan mentah termasuk sayur yang berkemungkinan akan mengalami kekurangan bekalan berikutan fenomena tersebut.

“Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengenal pasti barangan yang akan mengalami kekurangan bekalan dalam pasaran.

“Ini juga sebagai langkah untuk tidak membawa masuk barangan tersebut dalam kuantiti yang banyak sehingga boleh menjejaskan pendapatan petani kecil tempatan,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke pusat pengumpulan hasil ladang FAMA di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Badruddin menyeru golongan muda dan para graduan agar menceburi bidang pertanian secara komersial kerana bidang itu mampu menjana pendapatan lumayan.


Katanya, kerajaan menyediakan pelbagai skim dan kemudahan latihan sebagai galakan kepada golongan muda menyertai bidang pertanian.

“Bidang pertanian mampu menjana pendapatan yang lumayan, seperti contoh pengusaha tanaman cili mampu peroleh pendapatan melebihi RM10,000 sebulan jika ia diusahakan dengan bersungguh-sungguh,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori