Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Shabery Lancar Single DJ...

PUTRAJAYA - Penyanyi veteran Datuk DJ Dave hari ini memperkenalkan single terbarunya "Di...

Henry Golding Bintangi James...

AKTOR popular Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding dilaporkan bakal membintangi filem James Bond. Henry,...

Kilang Kicap 100 Tahun...

GEORGE TOWN - Sebuah kilang kicap tempatan terkenal yang berusia 100 tahun diarahkan...

Lelaki Ditemui Mati Dengan...

PETALING JAYA - Seorang penghantar makanan segera ditemui mati dengan kesan lima tetakan...

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ada juga ramalan mengatakan tahun ini adalah paling panas selepas 1998.

Katanya, beberapa negeri iaitu Kelantan, Perlis dan Kedah mengalami cuaca yang lebih panas berbanding Kuala Lumpur dan negeri lain.

“Kalau ikut trend biasa berdasarkan laporan diterima, sepatutnya sudah mula beralih dan hujan akan datang, namun keadaan ini mungkin sebulan atau dua bulan lagi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan memantau perkara ini.

“Justeru, kita juga akan memantau dan berjaga-jaga tentang jerebu dalam negara dan rentas sempadan. Kita juga melihat beberapa kesan kebakaran membabitkan tanah gambut.

“Pada masa sama, kita bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk memantau paras air dan mungkin terpaksa membuat pembenihan awan sekiranya perlu,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kampung Angkat Madani di Kampung Aril, Pauh Lima, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya ada menerima permintaan daripada Kelantan dan syarikat air untuk melakukan pembenihan awan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu akan diputuskan oleh MetMalaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Pembenihan awan tidak boleh dibuat suka-suka sebaliknya perlu memenuhi syarat tertentu. Malah kos juga adalah tinggi,” katanya.

-Berita Harian

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori