Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Kenderaan Berat Guna ‘Roda...

KUALA LUMPUR - Penggunaan tayar celup oleh kenderaan perdagangan berat seperti lori, treler...

Mesyuarat Khas BN Hadapi...

KUANTAN - Barisan Nasional (BN) Pahang akan ada mesyuarat khas bagi bincang persiapan...

Ringgit Kukuh, Duti Import...

KUALA LUMPUR - Pengukuhan ringgit dan peningkatan duti import India ke atas minyak...

‘Ku Rela Dibenci’ Diiktiraf...

Kalau memang rezeki sudah ditentukan Allah, sememangnya tiada satu makhluk pun yang mampu...

Banduan Penjara Marang Larikan Diri Ketika Ke Tandas

MARANG – Dengan menggunakan helah untuk ke tandas, seorang banduan lelaki berumur 23 tahun yang sedang menjalani hukuman di Penjara Marang meloloskan diri ketika sedang mengikuti kelas agama di penjara berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Mohd Suhaimi Ali berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu banduan tersebut dikatakan meminta izin kepada ustaz yang mengajar untuk keluar ke tandas.

“Namun suspek dipercayai tidak pulang semula ke kelas berkenaan lantas ustaz itu memaklumkan kejadian kepada warden yang bertugas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan suspek melarikan diri dengan memanjat pagar di belakang tandas berkenaan.

Katanya suspek yang berasal dari Marang itu mula menjalani hukuman di penjara berkenaan pada 3 Jan lalu di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dalam bangunan.


Pihak polis kini melancarkan Op Tutup bagi memburu suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek memaklumkan kepada pihak polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori