• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Ketua Penerangan UMNO Baharu

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan pelantikan Anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Ahmad Maslan yang juga Anggota Parlimen Pontian, dan akan memegang portfolio baharu sebagai Pengerusi Biro Teknologi Maklumat parti selain dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Pengumunan itu paling menarik tumpuan kerana Ahmad dilantik sebagai ahli MT baharu bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini pernah ditawarkan kepada Datuk Ustaz Kazim Elias.

Najib yang juga Perdana Menteri, turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Anggota Parlimen Baling) sebagai Pengerusi Biro Daftar Pemilih dan Keanggotaan parti.

Manakala Datuk Johari Abdul Ghani (Anggota Parlimen Titiwangsa) sebagai Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Anggota Parlimen Kepala Batas) pula Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara UMNO.

Najib mengumumkan rombakan tersebut pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada Jumaat.

Annuar, ketika ditemui pemberita, berkata beliau berterima kasih kepada presiden kerana mengamanahkan kepadanya tugas yang besar dalam UMNO.

“Saya sedar jawatan ini berat tanggungjawabnya … saya perlukan kerjasama semua pihak dalam UMNO sama ada pengerusi-pengerusi perhubungan, sayap-sayap mahupun anggota parti,” katanya.

Selain itu, Datuk Mohd. Razali Ibrahim (Anggota Parlimen Muar) menerajui Biro Institusi Pengajian Tinggi Swasta manakala Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Anggota Parlimen Lenggong) pula Pengerusi Biro Kebajikan.

Turut hadir pada mesyuarat MT pada kali ini ialah Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta ketua-ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Sementara itu, seorang naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal tidak kelihatan ketika mesyuarat manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berada di Arab Saudi atas urusan rasmi. – Agensi/Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]Z13BDSrjIuk[/wpdevart_youtube]

Tags: Annuar MusaMT UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd